Untuk tiga amalan dibawah ini Allah azza wa jalla tidak menetapkan kadar pahala yang tetap bagi pelakunya.
Demikian itu kerana ketiganya merupakan amalan yang agung disisi Allah azza wa jalla.
1. MEMAAFKAN
Allah berfirman:
“Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya berada diatas (tanggungan) Allah.” (asy-Syura: 40)
2. BERSABAR
Allah berfirman:
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS Az Zumar : 10)
3. PUASA
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Muslim no. 1151)
Semoga kita semua mampu untuk mengamalkan tiga amalan di atas.
@quotephotovideo 🐬🐬🐬

0 komentar:
Posting Komentar