🍄عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ.
🍄Dari Abu Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: *"Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat mengharapkan pahala maka baginya (pahala) sedekah."*
_(HR Bukhari No: 55) Status: Hadis Sahih._
🌹🌺➿〰〰
*🌺Pengajaran:*
🌹1. Kewajipan memberikan nafkah kepada keluarga menjadi tanggung jawab suami. Selain suami menunaikan nafkah berbentuk material, juga dituntut untuk memberikan nafkah berbentuk ilmu akhirat kepada keluarganya.
🌹2. Setiap harta yang dinafkahkan kepada keluarga akan dihitung sebagai pahala sedekah apabila seseorang itu menunaikan tanggung jawabnya semata-mata kerana Allah SWT. Hanya amalan yang dilakukan kerana Allah SWT akan diganjari pahala.
🌹3. Keutamaan memberikan nafkah kepada keluarga lebih besar pahalanya kerana itu adalah kewajiban yang amat dituntut dalam Islam.
*💥وَاللّٰهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابُ*
🌺〰🍄🌹🍄〰🌺

0 komentar:
Posting Komentar